RSS

Category Archives: tatacara & proses

Syarat-syarat mengambil anak angkat

DEFINASI

Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / bapa peliharaan :
– Seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara kepada seseorang kanak-kanak

a) Yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang telah diberikan oleh perintah Mahkamah sebagai orang yang layak dan sesuai di bawah perenggan 30 (1)(b) AKK 2001 
b) Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya
Anak Pelihara : Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001

 

OBJEKTIF
 
Ibu Bapa Pelihara

 

  1. Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
  2. Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara
     

Anak Pelihara

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna

SYARAT-SYARAT :

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) – bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun.(pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak

DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :

  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. klik disini untuk muat turun borang

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.


PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.
PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM
  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.


Sebarang Pertanyaan boleh hubungi:

Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor

En Nizam bin Kassim – 03-26165954

En Mohd Kamal bin Mohd Ghadzalli – 03-26165949

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di November 21, 2014 in tatacara & proses

 

Cara pengambilan anak angkat

~ dipetik dari http://www.jkm.gov.my

 

BORANG PERMOHONAN ANAK ANGKAT: (Boleh dimuat turun di sini)

http://www.jkmselangor.gov.my/index.php?option=com_phocadownload&view=file&id=3%3Aborang-permohonan-anak-angkat&Itemid=254&lang=ms

Apakah proses-proses yang perlu dilakukan oleh bakal si ibu atau si bapa?

Bagi individu yang berminat untuk memohon anak pelihara, permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) dimana pemohon bermaustautin/tinggal ataupun melalui borang yang boleh dimuat turun dari laman web ini.

Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan adalah:

1) Gambar ukuran pasport (suami/isteri)

2) Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.

3) Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.

4) Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri).

5) Lain-lain dokumen yang berkaitan seperti penyata gaji dll.

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga bersama Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi tujuan penyediaan laporan sosial pemohon. Perkara-perkara yang akan di bincangkan dalam sesi tersebut adalah seperti berikut:-

1) Menilai latar belakang sosial pemohon.

2) Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara.

3) Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara.

4) Kesangguran pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta    Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.
Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?

Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia
Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.
Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?
Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
 
15 Komen

Posted by di April 19, 2011 in tatacara & proses